Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PRU-15: ORANG RAMAI DIINGATKAN PATUHI LALU LINTAS - KPN

Kuala Lumpur, 16 November 2022 – Orang ramai yang dijangka pulang lebih awal ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, diingatkan untuk berhemah dan patuhi lalu lintas bagi mengelak risiko kemalangan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sudah membuat persediaan mengatur tugasan di seluruh negara.

Menurut beliau, pihak polis tidak ada masalah dalam mengendalikan situasi trafik yang tinggi kerana berpengalaman kendalikan ketika musim perayaan.

“Untuk pilihan raya kali ini, tiada beza. Cuma saya mohon pengguna jalan raya dan pengundi agar atur perjalanan masing-masing serta mematuhi peraturan lalu lintas.

“Ia demi mengurangkan jumlah kemalangan dan kesesakan ekoran pemanduan yang tidak berhemah dan seumpamanya,” katanya pada sidang akhbar selepas undi awal di Bukit aman, di sini pada Selasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 3 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS