Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUAMI ISTERI DICEKUP EDAR PIL KUDA DAN SYABU

Kota Bharu, 16 November 2022 – Kegiatan empat individu termasuk sepasang suami isteri mengedar dadah sejak setahun lalu berakhir selepas mereka diberkas dalam serbuan ke atas sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 7.41 malam itu, polis merampas pil kuda dan Syabu bernilai RM10,435, sepucuk pistol Revolver Smith & Wesson, 50 butir peluru dan kelongsong.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan, kesemua suspek berada di dalam rumah dan pihaknya menjumpai sebanyak 132 pil kuda di atas tilam di dalam sebuah bilik.

“Pemeriksaan di dalam bilik berasingan menemui sebuah beg di dalamnya berisi Syabu dan peluru. Senjata api pula ditemui di dalam almari pakaian," ujarnya.

Keempat-empat suspek ditahan reman selama enam hari bermula sehingga 20 November untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 4 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS