Hari ini pada 29 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan pesara polis, ACP Dato’ Rabuan Pit muncul sebagai 'pelari terpantas di Asia' apabila meraih pingat emas acara 100 meter dalam Sukan Asia Ke-9 dengan mencatatkan kepantasan 10.68 saat di Stadium Jawahartal Nehru, India.
Pencabar terdekat yang merupakan pemegang gelaran acara ini di Bangkok, Thailand pada tahun 1978, SuchartJaesuraparp
hanya berjaya mengutip pingat gangsa dengan mencatatkan masa 10.76 saat manakala Jang Jae Kuen dari Korea Selatan menduduki tempat kedua.