Menurutnya, berdasarkan statistik setakat Ogos itu, kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 201 orang. “Kanak-kanak berusia di bawah setahun adalah kedua tertinggi iaitu 145 orang, diikuti kelas umur tujuh hingga 12 tahun (119 orang), 13 hingga 15 tahun (49 orang) dan 16 hingga 18 tahun (17 orang),” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.