Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JUTAAN RINGGIT BERTARUH PIALA DUNIA

Shah Alam, 5 Disember 2022 - Kegiatan judi dalam talian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dikesan beroperasi dengan nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, dua laman web popular untuk aktiviti pertaruhan telah dikenal pasti iaitu “sbobet” dan “ibcbet” yang dipercayai diwujudkan di Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua laman web itu menawarkan pelbagai jenis judi yang terdiri daripada sukan, kelab bola sepak, permainan nombor, loteri, kasino dan perjudian bola sepak Piala Dunia.

Katanya lagi, modus operandi sindiket itu adalah dengan memberikan kata kunci dan kata laluan kepada kaki judi.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata “bookie” terlibat hanya membuka akaun pertaruhan kepada pelanggan yang dikenali dengan memberi sejumlah had limit kredit RM1,000 hingga RM1,000,000 manakala sekiranya pertaruhan adalah daripada individu tidak dikenali, pertaruhan adalah secara tunai.
Katanya, jumlah itu berdasarkan rekod tangkapan dan serbuan yang dijalankan Polis Johor menerusi Op Soga bermula 19 November hingga akhir November.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS