Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Sebanyak RM59.97 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pengguna jalan raya melalui pembayaran secara dalam talian dan di kaunter sejak Januari hingga Oktober lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, seramai 105,260 pengguna jalan raya telah menjelaskan kompaun saman tertunggak melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM49.6
juta melalui portal dan aplikasi ‘MyBayar Saman’.
“Tindakan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sistem pembayaran saman secara “cashless” dan digital memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, pada Selasa.
Tan Sri Acryl berkata, inisiatif lain yang dilaksanakan oleh JSPT bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak termasuklah dengan kempen pengurangan saman.
“Mengikut rekod sebanyak 37 Kaunter Diskaun Saman 50 Peratus telah dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman RM10.37 juta sejak Januari hingga Oktober lalu,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.