Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OPBANJIR KERATAN AKHBAR PILIHAN: BALAI POLIS KUALA JENGAI DUA KALI NAIK AIR

Dungun, 25 Disember 2022 – Polis Terengganu bercadang mengalihkan Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun di sini yang sering ditenggelami banjir pada musim tengkujuh saban tahun.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, balai polis yang beroperasi sebelum kemerdekaan negara itu merupakan antara balai polis paling kritikal dan perlu diberi perhatian di negeri ini. “Setiap tahun Balai Polis Kuala Jengai akan ditenggelami banjir sehingga paras bumbung. “Sebelum ini, ia turut terjejas dalam banjir besar pada akhir Februari lalu dan tidak sampai enam bulan selepas kerosakan dibaiki, balai polis sama ditenggelami air semula,” katanya selepas meninjau kerosakan Balai Polis Kuala Jengai di sini, semalam.

Dato’ Rohaimi berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas cadangan kepada Bukit Aman agar balai polis itu dialih ke lokasi lain yang lebih selamat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS