Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: RUGI RM40.7 JUTA DITIPU MELALUI ONLINE

Seremban, 29 Disember 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan telah merekodkan sebanyak 2,277 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian sebanyak RM40.7 juta sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, terdapat enam modus operandi yang digunakan melibatkan kes penipuan dalam talian.

Katanya, ini termasuk belian secara online sebanyak 711 kes, Macau scam (393), pinjaman tidak wujud (309), pelaburan tidak wujud (302), penipuan “e-financial”(103) dan “love atau parcel scam” (66).

“Belian secara online melibatkan kerugian sebanyak RM5.4 juta, Macau scam (RM12.4 juta), pinjaman tidak wujud (RM2.3 juta), pelaburan tidak wujud (RM8.4 juta), penipuan “e-financial” (RM5.9 juta) dan “love atau parcel scam” (RM1.5 juta).

“Selain itu, terdapat tiga modus operandi baharu dikesan iaitu 379 kes tipu tawaran pekerjaan melibatkan kerugian RM5.17 juta, 20 kes tipu tekan link (RM377.344) dan tiga kes tipu untuk mendapatkan bantuan (RM376,000),” katanya pada Walkabout Program High Profile Policing di Jalan Bandar Tunggal, di sini semalam.

DCP Ahmad Dzaffir berkata, daripada keseluruhan kes tersebut, seramai 1,152 suspek ditahan, manakala 605 individu telah dituduh di mahkamah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 6 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS