Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ISU TULAR] KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SIASAT VIDEO WARGA EMAS DIPUKUL

Semporna, 30 Disember 2022 - Polis menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video membabitkan seorang lelaki dipercayai warga emas dibelasah sehingga berdarah di muka di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Semporna-Official, Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Setakat ini tiada individu tampil atau sebarang laporan berhubung kejadian itu diterima pihaknya,” katanya.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang individu bersama sekumpulan lelaki dilihat menarik baju warga emas itu di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya sambil disaksikan orang awam tular sejak kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS