Iskandar Puteri, 5 Januari 2023 - Pemandu lori yang memandu melawan arus dan melanggar dua kenderaan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Link Kedua, kelmarin didapati di bawah pengaruh alkohol.
Ketua
Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berusia 41 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kejadian jam 4.30 petang itu (kelmarin) berlaku apabila lori lima tan dipandu suspek dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
“Ketika tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, suspek terlepas susur ke PTP dan dia memandu melawan arus untuk masuk ke susur itu.
“Tindakan itu menyebabkan dia merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan juga Nissan Almera dengan pemandu Mercedes Benz cedera di leher dan kaki,” katanya dalam kenyataan.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.