Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA PENYAMUN SASAR KEDAI SERBANEKA KENA CEKUP

Georgetown, 4 Januari 2023 - Menyasarkan kedai serbaneka yang beroperasi hingga lewat malam sebelum menyamun wang tunai dan teleton bimbit milik pekerja, itu modus operandi digunakan dua lelaki yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar daerah Seberang Perai Tengah sejak awal Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah mereka berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada malam ambang tahun baharu di Jalan Berjaya dan Taman Desa Damai Bukit Mertajam.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang susulan kejadian samun kedai serbaneka yang berlaku di Jalan Betik, Bukit Mertajam pada 9 Disember lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10.00 malam itu, suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan tembakan sebelum melarikan wang hasil jualan dan teleton bimbit pekerja kedai berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja di kedai serbaneka itu namun tembakan yang dilepaskan suspek tidak terkena pada mereka.

“Bertindak daripada laporan yang diterima, kita melancarkan operasi khas bagi mengesan suspek dan akhirnya membawa kepada tangkapan di dua lokasi berbeza pada Ahad lalu," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS