Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: INDIVIDU MANGSA PENIPUAN USTAZAH KONTROVERSI DIMINTA BUAT LAPORAN POLIS

Kuala Lumpur, 9 Januari 2023 - Individu yang menjadi mangsa penipuan seorang ustazah kontroversi dengan memperalatkan perubatan sunah diminta tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, mana-mana individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ustazah terbabit dinasihatkan tampil supaya siasatan polis dapat dilakukan.

“Jika ada laporan polis yang dibuat, polis akan meneliti dan menjalankan siasatan. Justeru, saya minta mereka yang menjadi mangsa penipuan itu dan mengalami kerugian tampil membuat laporan polis.

“Siasatan secara telus akan dijalankan berkaitan laporan polis yang diterima,” katanya.
Metro Ahad semalam melaporkan Khidmat Guam sedang mengumpul dan meneliti bukti berkaitan seorang ustazah yang didakwa memanipulasi perubatan sunah untuk kepentingan diri.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS