Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 154 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS RUGI HAMPIR RM1 JUTA AKIBAT BAH

Besut, 10 Januari 2023 - Seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu mengalami kerugian harta benda hampir RM1 juta akibat bencana banjir yang melanda negeri itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, bantuan kepada mereka yang terbabit dengan banjir akan diagihkan menerusi ketua polis setiap daerah.
Dato' Rohaimi berkata, ketika bencana itu juga, beliau tidak dapat meninjau keadaan di daerah Besut berikutan jalan dinaiki air dan terputus hubungan.

“Justeru, program pasca banjir daerah Besut menjadi keutamaan untuk program kali ini.
“Selain menyerahkan sumbangan kepada tiga sekolah terpilih serta pelajar terjejas banjir, bantuan juga diagihkan kepada keluarga polis yang terbabit.
“Bantuan termasuk alat tulis, beg sekolah dan makanan ini hasil daripada sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang perseorangan dan agensi kerajaan,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS