Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PERAK TAHAN DUA BERADIK, RAMPAS DADAH BERNILAI RM665,782

Ipoh, 12 Januari 2023 - Dua beradik disyaki dalang sindiket memproses dan mengedar dadah jenis Heroin ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bandar Barat, Kampar, Isnin lalu.

Serbuan sekitar jam 4 petang yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menahan lelaki berusia 44 dan 45 tahun yang baru selesai memasak dadah berkenaan.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek yang merupakan penganggur bertindak menyewa rumah dua tingkat berkenaan bagi memproses dan membungkus dadah untuk pasaran sekitar negeri ini.

Menurutnya, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM665,782.

“Sebanyak 40.1 kilogram (kg) Heroin bernilai RM602,025 dirampas bersama 11 kg kafein (RM3,757) dan 4 kg cecair disyaki dadah bernilai RM60,000.

"Turut dirampas adalah bahan-bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan parkir IPK Perak di sini pada Rabu.

“Selain itu, usaha suspek menggunakan lambang VVIP pada kereta jenis Honda City bagi mengaburi pihak berkuasa juga gagal apabila kenderaan itu turut disita.

“Tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita kereta yang dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS