Georgetown, 18 Januari 2023 - Selain kereta mewah Ford Mustang, polis turut merampas dadah Methylenedioxy-Methamphetamine (MDMA) dan Ketamin bernilai RM129,22O hasil penahanan tiga individu membabitkan penganggur serta ejen insurans di sekitar daerah ini, Jumaat lalu.
Ketiga-tiga lelaki berusia 22 hingga 32 tahun itu ditahan pada operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang antara jam 7 petang hingga 10 malam.
Ketua Polis
Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek pertama ditahan di sebuah apartmen di Lintang Penawar, Jelutong manakala dua lagi ditahan di kondominium berhampiran Gat Lebuh Sandiland, Georgetown.
Katanya, turut ditemukan 151 peket plastik MDMA seberat 2.5 kilogram dan satu peket Ketamin seberat 25.8 gram.
“Hasil risikan mendapati, sindiket terbabit bergiat aktif sejak awal tahun lalu dan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh kira-kira 800 penagih.
“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau," katanya semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.