Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KANAK-KANAK TERCAMPAK DARI MOTOSIKAL CEDERA RINGAN

Kuala Lumpur, 20 Januari 2023 - Polis mengesahkan kanak-kanak yang tercampak dari sebuah motosikal yang terbabas dan hilang kawalan di persimpangan jalan berhampiran Endah Parade di sini pada Rabu berada dalam keadaan baik.

Polis Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.

“Polis Kuala Lumpur dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyalurkan maklumat bagi mengesan mangsa berkenaan.

“Penunggang motosikal dan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras," menurut kenyataan pada Khamis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS