Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMPAS LIMA KAPAL BERSAMA TANGKAPAN BERNILAI RM1.9 JUTA

Langkawi, 20 Januari 2023 - Gerakan bersepadu Jabatan Perikanan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu selama lima hari di perairan utara Semenanjung menyaksikan lima kapal bersama tangkapan bernilai RM1.9 juta dirampas.

Operasi disertai 25 anggota membabitkan penguat kuasa Jabatan Perikanan dan PPM Wilayah Satu bermula pada Ahad lalu dan berakhir di Langkawi, semalam.

Pengarah Perikanan Kedah, Sukri Deris berkata, dalam operasi itu, lima kapal penangkapan ikan tempatan ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985.

“Seramai 20 nelayan warga Thailand dan Kemboja berusia 20 hingga 60 tahun ditahan bersama hasil tangkapan ikan campur seberat 1,700 kilogram,” katanya pada sidang media di Pejabat Perikanan Daerah Langkawi di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 4 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS