Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT: LEBIH DUA JUTA PULANG KE IBU KOTA, TRAFIK SESAK

Petaling Jaya, 25 Januari 2023 - Lebih dua juta kenderaan melalui tiga lebuh raya utama negara selepas pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kassim Karim berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 1.8 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

“Kira-kira 115,158 buah kenderaan dikesan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan 160,088 lagi di Lebuh Raya KL-Karak.

“Antara laluan lazimnya sesak ialah di pintu masuk utama ke pusat bandar seperti Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besai Besi dan Lebuh Raya Karak-Bentong dari arah Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur,” katanya semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia

May be an image of road and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS