Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT 19: JANGAN BAWA PENUMPANG BERLEBIHAN

Kuala Lumpur, 26 Januari 2023 - Polis mengingatkan pemandu kenderaan agar tidak mengambil mudah dengan membawa lebihan penumpang kerana dibimbangi merisikokan dan mengakibatkan kemalangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, pihaknya memandang berat isu ini.

Katanya, pengguna jalan raya perlulah mengambil berat dan memastikan bilangan penumpang adalah mengikut kapasiti yang dibenarkan.

“Jika diambil mudah, mungkin atas faktor yang pelbagai seperti keadaan jalan raya atau cuaca, kemampuan kenderaan dengan penumpang untuk risiko kemalangan adalah tinggi.
“Masyarakat perlu ingat dan patuhi perkara ini termasuklah juga bagi kenderaan berat atau perdagangan agar tidak membawa muatan berlebihan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS