Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT 19: NAK BUANG AIR KECIL KONON!

Rawang, 26 Januari 2023 - Ingin cepat dan mahu singgah di Hentian Sebelah Rawang untuk membuang air kecil. Itu alasan diberi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) selepas dikesan melakukan kesalahan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Malah, perbuatan mereka turut dirakam menggunakan dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan dalam Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di Kilometer 436 Lebuhraya Plus arah selatan.

Mereka memberi alasan ingin membuang air kecil di hentian sebelah itu dan ada yang mengaku ingin cepat sampai selepas berlaku kesesakan di situ menyebabkan mereka menggunakan lorong kecemasan.

Namun, pengguna lebuh raya terbabit tidak mengetahui perbuatan mereka itu dirakam dron yang membuat pemantauan di udara menyebabkan ada yang tidak berpuas hati apabila ditahan polis dan disaman.

Malah, ada yang mempertikaikan dan tidak mengaku menggunakan lorong kecemasan, namun akur selepas ditunjukkan bukti video dan gambar kenderaan mereka melakukan kesalahan itu.

Dalam operasi bermula jam 5 petang itu, antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan lorong kecemasan, potong Q dan membawa muatan bahaya dengan 56 saman dikeluarkan.

Bacaan lanjut ulasan oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Radi Abd Rahman berkaitan operasi yang dilaksanakan kelmarin menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS