Dungun, 2 Februari 2023 - Ibu Pejabat
Polis Daerah Dungun mengagihkan bakul makanan kepada sebanyak 61 keluarga yang terkesan dalam kejadian banjir di Hulu Dungun, Dungun, Terengganu, baru-baru ini. Anggota dan pegawai polis yang terkesan dalam kejadian banjir tersebut turut menerima bantuan bakul makanan itu.