Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: TAK SAMPAI 5 JAM SELEPAS 'AKSI LUCAH', LELAKI TAK SENONOH DICEKUP POLIS

Yan, 5 Februari 2023 - Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat sini.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../tak-sampai-5-jam-selepas...

Sumber: Berita Harian

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS