Shah Alam, 12 Februari 2023 - Pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara yang menggunakan mod paparan digital tidak akan menjejaskan operasi pemeriksaan ketika sekatan jalan raya (SJR) sehingga menyebabkan kesesakan.
“Dalam proses interim, kita bagi peluang kepada masyarakat dan lebih kepada advokasi dahulu sehingga
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakannya 100 peratus.
“Saya juga yakin pemeriksaan ketika sekatan jalan raya tidak terjejas. Sekiranya bermasalah, barulah semakan terperinci akan dibuat,” katanya kepada Sinar Ahad.
Tambah beliau, pihak polis akan sentiasa berkolaborasi dengan JPJ bagi penugasan dan penguatkuasaan.
Jelasnya, JSPT melalui peralatan "Mobile Computerized On-Line Payment System" (MCOPS) yang dibekalkan masih boleh melaksanakan penguatkuasaan melalui semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan QR Qode semakan nombor kenderaan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.