Pasir Mas, 15 Februari 2023 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass menyampaikan Pingat Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (P.N.B.B.) dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 261 pegawai, anggota serta pesara polis yang berkhidmat di
Kontinjen Kelantan, semalam.
Istiadat penganugerahan yang diadakan di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu
Pejabat
Polis Daerah Pasir Mas adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para penerima yang pernah berkhidmat semasa era darurat.
Hadir sama, Ketua Polis negeri, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Bukit Aman, DCP N Murtaza Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob.