Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DALAM SEBULAN RM11 JUTA PELBAGAI DADAH DIRAMPAS

Pasir Mas, 15 Februari 2023 - Hanya dalam tempoh sebulan, pelbagai jenis dadah bernilai RM11 juta dirampas dan 1,625 orang ditahan oleh Polis Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata semua individu itu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang Januari tahun ini.

Menurutnya, pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda, Heroin, Syabu dan ubat batuk dirampas itu boleh digunakan seramai 606,079 orang penagih dadah.

“Tangkapan membabitkan mereka berusia antara 15 hingga 50-an termasuk lima pelajar sekolah di bawah kesalahan termasuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 39A(2), Seksyen 6, Seksyen 30(3) dan Seksyen 12(2) ADB,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS