Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: SEMAK KESAHIHAN IKLAN BADAL HAJI ELAK KENA TIPU

Kuala Lumpur, 24 Februari 2023 - Umat Islam yang ingin mendapatkan khidmat badal haji disaran supaya membuat semakan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) mengenai kesahihan iklan atau tawaran berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dengan apa-apa tawaran pelaksanaan badal haji yang diiklankan di media oleh mana-mana pihak,” katanya.

Selain itu, Dato’ Dr Hj. Mohd Na'im berkata, orang ramai juga perlu cakna mengenai prosedur melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji, manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS