Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN]OPERASI BERSEPADU KHAZANAH: OBK BERI IMPAK POSITIF PULIHARA FLORA FAUNA NEGARA

Machang, 28 Februari 2023 - Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan Negeri memberi impak positif dalam pemuliharaan flora dan fauna negara melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi yang dilancarkan pada suku tahun ketiga 2019 itu berjaya menonjolkan aspek penguatkuasaan amat efektif sepanjang OBK dilaksanakan.
Katanya, pada masa sama, ia turut dibuktikan dengan kejayaan signifikan sepanjang operasi berkenaan berlangsung.

“Usaha dan kerja keras khususnya Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) juga berjaya menubuhkan satu lagi elemen baharu dalam pasukan iaitu Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WBC).
“Justeru, diharap dengan penubuhan WCB dapat membuka mata banyak pihak bahawa jenayah alam sekitar juga perlu diberikan perhatian selain tindakan penguatkuasaan yang proaktif selari dengan jenayah-jenayah konvensional dan bukan konvensional lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Penutup Op Bersepadu Khazanah Siri 02/2023 dan Ujian Ronda Pandu Arah Peringkat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am 2023 di Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS