Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA POLIS CEDERA KEJAR DUA PENAGIH DADAH

Melaka, 7 Mac 2023 – Tiga anggota polis cedera dalam aksi mengejar dua suspek lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri sejauh kira-kira 500 meter dalam kejadian di Banda Hilir, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, kedua-dua suspek berusia 33 dan 37 tahun itu bagaimanapun berjaya diberkas, manakala anggota terlibat mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan akibat pergelutan.

Katanya, kejadian berlaku selepas sepasukan lima anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Melaka Tengah menahan kereta dipandu suspek pada pukul 11.30 malam di hadapan Hospital Pakar Putra dekat sini.

“Pintu kereta mereka bagaimanapun tidak dapat dibuka kerana telah tersepit dengan kenderaan polis dan suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan sebelum melanggar motokar polis serta orang awam bagi meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, semalam.
“Suspek turut melanggar beberapa buah kenderaan lain di sekitar hotel itu dan kedua-dua mereka berjaya diberkas anggota BSJN, Unit Rondaan Bermotosikal, Cawangan Pencegahan Jenayah Melaka Tengah.

Hasil pemeriksaan polis menemui 12 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki Syabu seberat 51.43 gram (g), peket lutsinar dipercayai Heroin (30.69 g) dan balutan plastik berisi daun kering disyaki Ganja (1.23 g),” katanya.

Katanya, saringan ujian air kencing terhadap kedua-duanya didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kini suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS