Shah Alam, 11 Mac 2023 - Pengalaman menangkap 16 pengganas komunis tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah dalam Ops Kelah pada tahun 1981 masih segar dalam ingatan bekas anggota pasukan dinamakan sebagai F Team Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sub Inspektor Muda Aziz.
Dalam peristiwa itu, F Team berjaya merampas sejumlah besar senjata api dan alat komunikasi yang dibawa askar komunis dari selatan Thailand.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Muda, 71, berkata, operasi berkenaan diketuai pesara DSP Kamarudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Kenny.
Beliau berkata, Ops Kelah dilancarkan ke atas Unit Penggempur Ke-16 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyusup masuk dari Selatan Thailand.
“Pengganas komunis ini masuk melalui Banjaran Titiwangsa dari Perak dan Kelantan, menuju ke selatan sehinggalah sampai ke Kuala Lipis, Pahang.
“Misi mereka ialah menghubungi Unit Penggempur Ke-6 PKM untuk memberi bantuan senjata api dan alat perhubungan tambahan," katanya.
Ikuti temubual lanjut oleh Sub Inspektor Muda Aziz menyingkap kembali pengalamannya bersama Pasukan F Team menentang PKM serta sejarah perkhidmatan beliau dengan PDRM menerusi keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.