Warga Polis Diraja Malaysia Muar tidak melepaskan peluang menghiburkan kanak-kanak yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), Kompleks Sukan Pagoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Soon Mong Pagoh, Johor, baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menghiburkan golongan tersebut selain dapat menceriakan dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang terpaksa menghabiskan musim
cuti sekolah di PPS akibat kediaman mereka dilanda banjir.