Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI POLIS KE-216: SAMBUTAN HARI POLIS DI LUAR IPD

Alor setar, 22 Mac 2023 - Sambutan Hari Peringatan Polis Ke-216 peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sering dilangsungkan di pekarangan IPD berkenaan.

Kali ini, pihak pengurusan IPD tersebut diketuai Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir mengambil keputusan mengadakan sambutan tersebut di Dataran Medan Bandar, Kedah yang terletak berdepan bangunan ikonik bandar raya ini, Masjid Zahir.

Selain memiliki latar belakang cukup cantik, sambutan di tengah-tengah bandar raya Alor Setar itu juga lebih bermakna kerana dapat dihadiri lebih ramai orang awam termasuk pelancong dari luar negara.

May be an image of 8 people, people standing, headscarf and text
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS