Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES BUNUH KUCING, PENYEWA KONDOMINIUM DITAHAN

Kuala Lumpur, 27 Mac 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam unit kediaman sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penyewa kondominium itu ditahan di sebuah lokasi di Cheras, kelmarin.

“Suspek ditahan di Cheras, kelmarin dan dia direman hingga 28 Mac ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Jumaat lalu, BH melaporkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook persatuan.

Bagaimanapun, kelmarin ACP Zam Halim berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (melakukan khianat dan membunuh haiwan) susulan laporan polis diterima pada 13 Mac lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS