Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 45 MERCUN BOLEH DIJUAL DI MUSIM RAYA

Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Sebanyak 45 jenis bunga api dan mercun dibenarkan untuk diimport, disimpan dan dijual ketika musim perayaan sahaja.
Itu antara enam garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan aspek keselamatan dan penguatkuasaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah berkata, penjualan bunga api dan mercun itu juga hanya boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkelayakan.
"Sebanyak 45 jenis bunga api yang telah menjalani uji nilai dan disahkan selamat oleh PDRM boleh dijual ketika musim perayaan.

"Pihak syarikat pertu mendapatkan permit menjual daripada PDRM dan permit berniaga daripada PBT, seiain mempunyai tempat simpan selamat bahan letupan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS