Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 461 KERTAS SIASATAN JENAYAH LAMPAU DITUDUH DI MAHKAMAH HASIL TEKNOLOGI UJIAN DNA

Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Jangan terlalu gembira dengan menganggap ‘dosa'' jenayah silam dilakukan beberapa dekad lalu boleh terpadam atau hilang ditelan masa.
Penjenayah di negara ini tidak boleh lagi menganggap ‘selamat'' apabila kemajuan Sistem Bank Data Asid Deoksiribonukleik (DNA) membolehkan mereka dikenal pasti, ditahan dan diheret semula ke muka pengadilan.

Berdasarkan maklumat polis bagi tempoh 2016 hingga tahun lalu sebanyak 10,556 jumlah kertas siasatan cold case (kes jenayah lampau) berjaya dituduh di mahkamah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil kepesatan teknologi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, 461 kertas siasatan yang berjaya dituduh bagi tempoh sama itu hasil daripada ujian DNA.
Menurutnya, sehingga kini, Bahagian Databank DNA (D13) JSJ PDRM melalui Sistem Bank Data DNA Forensik Malaysia (BDDFM), memperoleh 240 padanan profil DNA membabitkan kes jenayah semasa dan lampau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS