Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SIMPAN DNA BAYI BARU LAHIR PENTING UNTUK BANTU SIASATAN

Kuala Lumpur, 29 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengulangi cadangannya supaya sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bayi yang baru lahir diambil dan disimpan dalam bank data DNA demi kepentingan umum.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, berkata, cadangan itu pernah dikemukakan pada 2001 namun ditolak kerajaan atas beberapa alasan, antaranya berkaitan hak asasi manusia dan kebimbangan data disalah guna.

Beliau berkata, amat penting bagi pasukan keselamatan mempunyai bank data DNA yang lengkap, khususnya dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah.

“Melalui data DNA yang lengkap ia sekali gus memudahkan sebarang siasatan kes jenayah dijalankan, justeru ia penting data DNA diambil dan disimpan," katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS