Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS CEKUP EMPAT LELAKI KETIKA PUNGGAH MERCUN BERNILAI RM1 JUTA

Kuala Langat, 5 April 2023 - Polis merampas mercun bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah stor di Sungai Lang Baru, Selangor di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, serbuan kira-kira jam 6 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Bukit Aman.

Menurutnya, ketika serbuan, empat lelaki tempatan dikesan sedang memunggah kotak-kotak mercun dari sebuah lori.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia 19 hingga 39 tahun.

“Polis telah merampas 627 kotak mengandungi mercun dianggar bernilai RM1 juta selain rampasan sebuah lori yang dipercayai baru tiba dari Klang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tempat penyimpanan terbabit yang dipercayai aktif sejak Januari lalu belum mendapat sebarang kebenaran dari pihak berkuasa.

Katanya, kesemua tangkapan kini direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS