Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JUMLAH ANGGOTA POLIS 134,978 MASIH TIDAK MENCUKUPI

Kuala Lumpur, 6 April 2023 - Jumlah kekuatan pegawai dan anggota polis di seluruh negara setakat seramai 134,978 orang dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, masalah kekurangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan hanya disebabkan kekurangan perjawatan, tetapi masalah pengisian perjawatan kosong.
PDRM ketika ini dalam kajian untuk pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh bagi Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai polis.

“Menerusi kajian yang dijalankan, jumlah perjawatan ideal bagi semua peringkat sedang dikenal pasti bagi memastikan tiada masalah kekurangan perjawatan yang boleh mengganggu keberkesanan operasi, kekal relevan serta selari dengan dasar pengoptimuman sumber manusia perkhidmatan awam.

“Hasil kajian itu, PDRM membuat unjuran keperluan perjawatan baharu untuk balai-balai sebanyak 4,940 perjawatan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian berkenaan di Dewan Negara, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS