Shah Alam, 10 April 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan pada tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan ikhtiar yang dilakukan kementeriannya untuk meningkatkan integriti dalam bahagian penguat kuasa.
“Bajet sudah tersedia. Insya-Allah kalau tiada halangan, tahun ini juga pasukan polis, unit rondaan, bahagian trafik ataupun pasukan "special force" lengkap dengan kamera.
“Ini sebagai ikhtiar kita bersedia untuk menerima pakai teknologi. Itu saya maksudkan untuk meningkatkan integriti, ikhtiar untuk mengatasi soal beberapa kelemahan. Itu usaha berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.