Temerloh, 10 April 2023 - Dua lelaki termasuk seorang remaja ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan di bandar Temerloh di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah
Temerloh, ACP Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dalam operasi bermula pukul 1.30 pagi itu, pihaknya menyita 51 buah motosikal atas pelbagai kesalahan. Dua penunggang ditahan berusia 17 dan 22 tahun.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun," katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.