Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] CRIME ALERT: RAMAI LELAKI DIJERAT SINDIKET TIPU KERJA

Kuala Lumpur, 11 April 2023 - Dijanjikan dengan gaji lumayan sekitar AS$3,000 (anggaran RM13,224) hingga AS$5,000 (anggaran RM22,040) untuk bekerja di luar negara menjerat warga tempatan yang akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.

Bukan itu sahaja, penipuan di media sosial itu menawarkan pakej penginapan hotel mewah dan tiket kapal terbang.

Bagi meyakinkan mangsa, sindiket akan memberi surat tawaran kontrak yang konon wujud untuk setiap tawaran pekerjaan dijanjikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua ini seakan memberi gambaran bahawa ia perjanjian dengan tawaran kerja yang sah di luar negara.

Menurutnya, statistik sejak tahun 2021 hingga 24 Mac lalu melaporkan, terdapat 349 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara.

“Lelaki adalah paling ramai iaitu 287 orang, manakala wanita seramai 62 orang.

“Golongan lelaki seolah-olah bersedia untuk mengambil risiko, berbanding kaum wanita yang lebih berhati-hati, berasa waswas serta takut diperdaya hingga berisiko untuk direkrut sebagai pelacur.

“Dengan istilah ‘kita try dahulu’ akhirnya mereka terjebak dan merana. Sebab itu juga ramai yang terkena dengan helah sindiket ini," katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS