Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: 409 ANGGOTA, PEGAWAI UTK PDRM TERIMA ELAUN KHAS BERMULA FEBRUARI - MDN

Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).

“Untuk elaun ini, UTK merupakan satu unit elit iaitu mereka bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.

“Jadi JPA telah membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini untuk diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Februari tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2181328

Sumber: BERNAMA

409 ANGGOTA, PEGAWAI UTK PDRM TERIMA ELAUN KHAS BERMULA FEBRUARI - SAIFUDDIN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS