Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: BURUH DIPENJARA ENAM BULAN KERANA HINA AGONG, BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang buruh kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dan membangkitkan isu perkauman menerusi Facebook.

Hakim N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu terhadap Abdul Rahim Abdullah, 49 tahun, selepas orang kena saman (OKS) berkenaan mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

OKS diarahkan menjalani hukuman penjara dua bulan bagi tiga pertuduhan menghina Agong dan empat bulan kerana tiga pertuduhan berhubung isu perkauman.

Hukuman terbabit akan berjalan serentak bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, OKS didakwa menggunakan laman profil Facebook 'Tuk Chik' secara sedar membuat dan memulakan komunikasi yang jelik sifatnya membabitkan isu perkauman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../buruh-dipenjara-6-bulan...

Sumber: Harian Metro

Buruh dipenjara 6 bulan kerana hina Agong, bangkitkan isu perkauman | Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS