Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 5,431 POLIS PANTAU TRAFIK KETIKA RAYA

Petaling Jaya, 17 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 5,431 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri.

Kekuatan membabitkan 688 pegawai kanan dan 4,743 pegawai rendah JSPT turut ditempatkan di lokasi-lokasi panas kemalangan di seluruh negara bermula 18 April ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, dijangka lebih 2 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut beliau, JSPT akan melaksanakan penugasan dengan menempatkan petugas di lokasi yang dikenal pasti kekerapan berlakunya kemalangan.

“Sepanjang Op Lancar dan Op Selamat 20 yang akan dilaksanakan tujuh hari bermula 20 April ini juga akan melaksanakan rondaan secara berkala mengikut statistik lokasi, waktu dan hari kekerapan berlakunya kemalangan.

“Tindakan juga akan diambil kepada pengguna jalan raya tegar, sering melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, car and text that says '5,431 polis pantau trafik ketika raya HADMAN Polis Diraja menempat- anggota kat kontinjen daerah Oleh tempoh membabitkan Kassim mengin- menga- sentiasa malangan April perjalanan dengan empoh pemanduan, Bercakap kepada Utusan dengan perjalanan enderaan negara Aldıihtri beliau, dengan lokasi dan menggunakan diambil Raya beliau, bersikap Kassim berkata, kajian angan. dadah melang- berlaku tempoh menukar yang Kementerian jalan jelasnya. uan Jebuh negara ini.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS