Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT 20: 500 ANGGOTA PDRM KAWAL TRAFIK DI GUA MUSANG

Kota Bharu, 19 April 2023 - Polis akan menempatkan lebih 500 anggotanya di Gua Musang menerusi Op Selamat bermula 20 April ini bagi melancarkan kesesakan trafik yang dijangka berlaku di jajahan itu sempena Aidiltitri tahun ini.
 
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, jumlah itu termasuk 254 anggota trafik yang akan mengawal lalu lintas sepanjang lapan hari operasi dijalankan.

“Tahun ini, kita akan memberi lebih tumpuan kepada aliran trafik di Gua Musang berikutan laluan utama ditutup sementara untuk kerja pembaikan jalan.

“Kita jangkakan aliran trafik mungkin lebih sesak kerana perantau akan mengambil peluang pulang beraya selepas beberapa tahun berdepan kekangan akibat COVID-19,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS