Kuching, 19 April 2023 - Polis Sarawak mengesan pemilik sebenar sebuah premis di Kuching City Mall yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian berikutan penahanan lima warga asing di premis itu menerusi Op Dadu Khas, kelmarin.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun itu bekerja sebagai operator pengendalian perjudian dalam talian
dengan bayaran gaji RM1,500.
“Siasatan awal mendapati pusat perjudian tersebut telah beroperasi mengikut syif dalam tempoh 24 jam sejak dua bulan lalu.
"Berdasarkan rekod dan transaksi, dipercayai jumlah keuntungan kasar bagi sindiket tersebut mencecah RM30,000 sebulan," katanya, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.