Cakna dengan keselamatan dan keharmonian kejiranan Taman Lestari Putra (LEP) Seksyen 4, Seri Kembangan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) LEP 4 menganjurkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengerusi
KRT LEP 4, Leftenan Kolonel Zazali Makding berkata, objektif utama program tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak PDRM mengenai warga LEP 4 yang
balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pada masa sama, ia sebagai usaha berterusan jalinan hubungan erat antara polis dan orang awam.
Wakil dari Balai Polis Seri Kembangan, Sarjan Mejar Mohd. Nizam Aris turut memberi taklimat kepada penduduk berkaitan kepentingan mengisi Borang Balik Kampung atau menghantar maklumat menerusi aplikasi dalam talian “Volunteer Smartphone Patrol”.