Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGANTIN BAHARU TOKAN DADAH DITAHAN

Teluk Intan, 27 April 2023 - Pasangan pengantin yang baru sehari bernikah ditahan selepas disyaki memiliki dadah di kawasan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap dekat sini, tengah hari kelmarin.
Difahamkan, pasangan pengantin yang berusia 23 dan 24 tahun itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan sehari sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan pasangan berkenaan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak selepas menerima maklumat awam.
Menurutnya, pasangan itu ditahan ketika mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan pada jam 12.30 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan, pihak polis merampas sebuah beg pakaian di dalam kereta pasangan berkenaan yang mengandungi 20 bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin.
“Anggaran berat dadah yang dirampas adalah 9.268 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM77,000.
“Jumlah rampasan juga dipercayai boleh menampung keperluan 10,000 penagih dan kami percaya dadah berkenaan adalah untuk edaran di luar daerah Hilir Perak," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS