Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP SELAMAT 20: PLUS AKTIFKAN ‘SMARTLANE’ LANCARKAN ALIRAN TRAFIK

Kuala Lumpur, 28 April 2023 - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 'SmartLane', iaitu pembukaan sementara lorong kecemasan di laluan tertentu yang kritikal di lebuh raya bagi melancarkan aliran trafik berikutan berakhirnya cuti persekolahan dan cuti Hari Pekerja antara 29 April dan 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata 'SmartLane' diaktifkan di dua laluan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, iaitu antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban antara KM260.0 hingga KM263.1 (Arah Utara) dan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai antara KM19.0 hingga KM27.0 (Arah Utara) sepanjang cuti perayaan ini.

Beliau berkata, pelaksanaan 'SmartLane' di dua laluan di wilayah selatan itu menerima maklum balas yang positif dan disambut baik pengguna lebuh raya kerana inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan.

“Ketika laluan 'SmartLane' ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi lain di mana tiada laluan 'SmartLane' diaktifkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

'SmartLane' dilaksanakan PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎PLUS aktifkan 'Smartlane' lancarkan aliran trafik melancarkan disambut baik pengguna Pelaksanaan benar pengguna masuk guna laluan kecemasan buat sementara Pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan / jalan/ kecemasan di lokasi mana tiada laluan 'SmartLane' berkata, diaktifkan Mohd Hedzer Zakaria Gopeng KetuPe Aeernad PLUS Malay. yang kritikal papan tanda peng Jaluan lebuh raya bagi maklum balas yang positif dan Sekitar sambutan Aidilfitri ۔F Twitter yataan semalam. Malaysia dilaksanakan Taha mengenal pasti laluan Smart (LLM). Lebuhraya Malay- yang hadir Rumah Terbuka Aidilfitr Menteri Besar Alor Penduduk yang hadir Georgetown. majlis Raya' Kampung Melayu Melayu, Air Itam,‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS