Putrajaya, 30 April 2023 - Jadikan rusa dan kijang diburu secara haram sebagai hidangan istimewa Syawal.
Malangnya kegiatan pemburuan haram hidupan liar dilindungi itu berjaya dikesan pihak berkuasa sebelum suspek warga tempatan diberkas di rumahnya di Jerantut, Pahang.
“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan selepas disyaki melakukan kegiatan pemburuan haram.
“Hasil pemeriksaan di kediaman berkenaan, pihak berkuasa menemui peti sejuk beku berisi bahagian hidupan liar yang sudah dilapah,” katanya.
Menurutnya, antara bukti dirampas adalah kepala kijang, empat bahagian kaki kijang, bahagian badan kijang dan bahagian anggota rusa sambar.
“Semua rampasan hidupan liar itu dianggarkan bernilai RM20,000. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya.