Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#InfoBersama KERATAN AKHBAR PILIHAN: MANGSA BERPOTENSI JADI PENDERA

Petaling Jaya, 5 Mei 2023 - Segelintir mangsa penderaan keluarga kandung berpotensi membesar menjadi seorang pendera sekiranya rawatan emosi dan sokongan moral tidak dilakukan serta diberikan segera.

Pakar Psikologi, Prof, Datin Dr. Mariani Md. Nor berkata, mangsa penderaan akan mengalami kegelisahan (anxiety) dan depresi memandangkan diri mereka menghadapi trauma diperlakukan begitu.

Menurut beliau, keadaan tersebut menyebabkan mangsa sentiasa berada dalam keadaan bimbang, takut, cemas dan tidak tenang apabila berhadapan dengan individu dewasa yang berada di sekitar mereka.

“Pelbagai perasaan ini jika tidak dirawat boleh membawa kepada keadaan stress seseorang itu yang akhirnya jika tidak disokong secara moral dan sosial boleh menyebabkan depresi. Malah ada kajian menunjukkan segelintir mangsa dera ini akan mempunyai sifat dendam serta marah.

“Jadi tidak hairan jika terdapat mangsa dera yang akhirnya menjadi seorang pendera di suatu ketika apabila rangsangan di persekitaran mereka boleh mencetuskan gerak balas yang sama iaitu mendera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar ini mendedahkan, kes penderaan kanak-kanak hingga maut terus berlaku dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi daripada 220 kes yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2018.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
May be an image of 1 person, slow loris and text
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS